Note

Please refresh your windows (Internet browser) every 5 minutes. Thank you

Pelancaran Program Belia Cinta Tanahair

|

Temburong – Selasa pelancaran Program Belia Cinta Tanah Air, fasa 111' Berkhidmat Untuk Masyarakat' telah dilancarkan bertempat dikawasan Dewan Belalong, kompleks dewan kemasyarakatan Pekan Bangar Temburong. Diungkayahkan oleh Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Temburong dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim Batu Apoi, bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan ke 25 tahun 2009 Negara Brunei Darussalam. Antara tujuan program ini ada lah untuk meningkatkan nilai-nilai hidup bermesyarakat, berugama, dan bernegara serta perpaduan bagi membangunkan kecergasan jasmani dan kemantapan rohani pada diri belia supaya menjadi tabah, berfikiran luas, serta terbuka, disamping itu program ini juga menyemarakan semangat setia kawan, saling bantu membantu diantara satu sama lain. Sebelum pelancaran program Belia Cinta Tanah Air didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat dibacakan oleh Imam Awang Haji Lisa Hj.Tengah, selepas itu diikuti Upacara menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam diiringi dengan lagu kebangsaan Seterus nya Majlis pelancaran Belia Cinta Tanah Air di sempurnakan oleh Awang Haji Muhammad Haji Abd Rahman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. turut hadir sama dipelancaran berkenaan Awang Haji Haris Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Amirrizal Pg Haji Mahmud, Penolong Pegawai Daerah, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman Haji Ahad Ahli Majlis Mesyuarat Negara Penghulu Mukim, ketua ketua kampong, Para Belia Cinta Tanah Air, majlis diteruskan lagi dengan perarakan berjalan lalu melintasi Pekan Bangar oleh tiga puloh enam orang Belia Cinta Tanah Air dengan membawa Bendera melalui Pekan Bangar, diikuti oleh sepasukan Temburong Bikers dan juga kumpulan bebesikal dari Majlis Perundingan Kampong Batu Apoi.

0 comments:

My Weapon and reloader