Note
Please refresh your windows (Internet browser) every 5 minutes. Thank you
Pesta Produk Tempatan Temburong
Temburong – Selasa Hari ini satu pelancaran Pesta Produk Tempatan 2009, Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 25 Tahun telah diadakan diKedai Bumi Putera Fasa II, Pekan Bangar, pesta produk tempatan ini adalah merupakan salah satu program dokongan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama untuk meningkatkan pemasaran produk tempatan di pasaran domestik sebagai asas atau foundation bagi mengukuhkan sektor swasta khususnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam ehwal aliran kewangan dan meningkatkan keupayaan perkembangan produk sebagai persediaan menerokai pasaran ekspot, dan untuk mempromosi serta meningkatkan kesedaran bagi memperkenalkan produk-produk hasil keluaran pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana kemasyarakat umum khusus nya penduduk di Negara Brunei Darussalam. dan juga salah satu langkah kearah memasarkan produk-produk tempatan kepasaran domestik melalui gedung- gedung perniagaan, pasarraya- pasarraya serta 'Mini market' dinegara ini serta membantu mmangkin perkembangan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) dinegara ini akan lebih berkembang maju serta berdayatahan dn berdaya saing jesteru sebagai pembuka langkah kearah kerjasama diantara sektor kerajaan dan swasta supaya dapat meningkatkan visibiliti, produk awareness dan maket share produk tempatan dipasaran domestik. Pesta produk ini ia nya akan diadakan selama lima hari bermula hari ini 24/02/2009 sehingga 28/02/2009, pesta produk tempatan ini juga melibatkan 33 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk Majlis-Majlis Perundingan Kampong kelima buah Mukim didaerah ini bagi pemprosesan makanan, krafttangan, tenunan,dan pembuatan. Selaku Tetamu Kehormat di pelancaran tersebut Awang Haji Haris Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Penolong Pegawai Daerah, Pengiran Amirrizal Pengiran Haji Mahmud, Awg Haji Sulaiman Haji Ahad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pegawai pegawai kanan Kementerian Perindustrian dan Sumber sumber utama bahagian Promosi dan Perkhidamatan Kemudahan serta Pegawai dan ketua ketua jabatan daerah Temburong, Penghulu dan Ketua Kampong, ahli ahli peniaga, tempatan dan dari Bandar Seri Begawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment