Note
Please refresh your windows (Internet browser) every 5 minutes. Thank you
Temburong Bikers membuat kerja amal bagi Hari Kebangsaan
Temburong – Jumaat Seramai empat belas orang persatuan bermotorsikal Daerah Temburong (Temburong Bikers) hari ini telah membuat kerja amal bagi menyerahkan Bendera Kebangsaaan Negara Brunei Darussalam (Bersaiz besar) kepada salah seorang penduduk Kampong Belais Awang Latip Haji Garip, untuk sama sama memeriahkan lagi sambutan Jubli Perak hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 25 tahun 2009, tujuan dan motif persatuan ini menyumbangkan bendera tersebut adalah semata mata meringankan bebanan yang dihadapi oleh beliau, seterus nya beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas keperihatinan persatuan ini yang mengambil berat tentang kedudukan sebenar beliau, namun begitu walau pun hujan turut dengan lebat nya namun persatuan ini tidak berputus asa untuk menyampaikan sumbangan mereka yang tulus dan ikhlas itu selain itu juga persatuan ini merancang beberapa aktiviti di masa yang akan datang bagi menyatu padukan ahlinya yang benar benar komited didalam berpersatuan, penyampaian Bendera telah disempurnakan oleh Awang Khairul Asyraf bin Bagol selaku ketua persatuan Bermotosikal (Temburong Bikers) serta disaksikan oleh ahli - ahli persatuan berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment