Note

Please refresh your windows (Internet browser) every 5 minutes. Thank you

Sekolah Ugama Bokok juara Syarahan lagi yow!

|
Ahmad Kausaeri & Noorhaziqah Najwa

Temburong – Khamis Jabatan Pengajian Islam Cawangan Daerah Temburong, hari ini telah mengadakan dan menganjurkan pertandingan syarahan Tafsir Al-Quraan bagi persekolahan ugama di daerah ini, ianya bertempat didewan serbaguna Sekolah Ugama Bokok pertandingan ini adalah kali yang ke 41 yang diadakan setiap tahun sebagai aktiviti jabatan berkenaan dan bagi memilih wakil keperingkat negara yang akan diadakan pada bulan mac 2009 yang akan datang. Seramai sepuluh orang peserta pelajar lelaki dan sembilan orang pelajar perempuan telah memperdengarkan dan menunjolkan bakat masing masing. Johan keselurohan di dalam pertandingan tersebut telah dijuarai oleh Sekolah Ugama Bokok bahagian sesi pagi dan juga sesi petang. Sebelum itu pengurusi pertandingan syarahan Ustazah Hajah Zainab Haji Abu Bakar telah menjemput Ustaz Jefry Haji Osman ketua bahagian kokukurilum sekolah ugama untuk menyampaikan hadiah kepada para peserta, hadir sama ialah guru guru kanan Sekolah Ugama yang menyertai pertandingan berkenaan, serta ahli jawatankuasa penganjur pertandingan acara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Jaman Haji Munap.

0 comments:

My Weapon and reloader