Note

Please refresh your windows (Internet browser) every 5 minutes. Thank you

Total cases 207

|

Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda Influenza A H1N1 yang telah mendapatkan rawatan dari doktor serta telah menjalani ujian virologi bagi Influenza A H1N1 adalah dinasihatkan untuk:


• Tidak keluar rumah dan hendaklah mengasingkan diri dari ahli keluarga dan rakan-rakan sehingga keputusan ujian virologi mereka diketahui dan mereka telah sembuh.
• Memakai penutup mulut dan hidung (“mask”) yang sesuai bagi mencegah jangkitan tersebut kepada orang lain.

Mereka yang disahkan menghidap Influenza A H1N1 akan diberikan rawatan seberapa segera dan kontak terdekat mereka juga akan diberikan rawatan untuk mencegah jangkitan berkenaan. Walaupun vaksin bagi mencegah jangkitan Influenza A H1N1 belum boleh didapati di pasaran, ubat anti-viral yang ada sekarang adalah didapati berkesan untuk merawat dan mencegah jangkitan tersebut, terutamanya jika rawatan awal diberikan. Kementerian Kesihatan akan sentiasa berusaha memastikan bekalan ubat-ubatan bagi jangkitan tersebut mencukupi.

Dalam pada itu, setakat jam 4 petang tadi, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan tiga puluh tiga (33) kes terbaru Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 207 kes. Penyiasatan bagi 10 kes yang dilaporkan pada 7 Julai 2009 mendapati 5 kes mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara manakala 5 lagi adalah kes tempatan iaitu jangkitan yang berlaku di dalam negara.


Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza A H1N1, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau 8220991 di luar waktu berkerja.

* 2 buddies in Temburong got positive H1N1 meh…

0 comments:

My Weapon and reloader