Note
Please refresh your windows (Internet browser) every 5 minutes. Thank you
76 people had been recovered
Daripada sejumlah 164 orang yang telah disahkan sehingga kelmarin, 66 orang atau 40 peratus daripadanya adalah kanak-kanak berumur 5 hingga 18 tahun. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan berserta dengan Kementerian Pendidikan akan terus berkerjasama memantau tahap kesihatan kanak-kanak di sekolah, khususnya dalam mengawal penularan jangkitan Influenza A H1N1. Di antara langkah-langkah bersama yang diambil termasuklah:
• Pemeriksaan suhu badan kanak-kanak sekolah dan kakitangan sekolah sebelum memasuki kelas.
• Menyediakan garispandu pengasingan dan penghantaran kanak-kanak yang didapati mempunyai tanda-tanda influenza ke pusat-pusat kesihatan yang berdekatan.
• Menyediakan garispandu pencarian kontak (“contact tracing”) dan penutupan kelas jika terdapat kes Infleunza A H1N1 di sekolah.
Kementerian Kesihatan juga terus mengingatkan orang ramai terutamanya ibubapa atau penjaga kanak-kanak untuk sentiasa memantau kesihatan anak-anak mereka dan seboleh-bolehnya memeriksa suhu badan dan keadaan kesihatan anak-anak mereka sebelum dihantar ke sekolah. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda penyakit Influenza A H1N1, ibubapa atau penjaga kanak-kanak adalah dinasihatkan untuk:
• Tidak menghantar mereka ke sekolah.
• Segera membawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan.
• Tidak menghantar mereka mengikuti aktiviti luar kelas, kelas tambahan atau kelas tusyen.
• Mengasingkan mereka dari ahli keluarga dan rakan-rakan.
• Tidak membawa mereka pergi ke tempat-tempat awam termasuk gedung membeli-belah dan taman rekreasi.
• Tidak membawa mereka menghadiri perkumpulan keluarga dan majlis-majlis kenduri.
Dalam pada itu, setakat jam 4 petang tadi, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan sepuluh (10) kes terbaru Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 174 kes. Penyiasatan masih dijalankan bagi ke semua kes terbaru ini.
Untuk sebarang pertanyaan umum mengenai Influenza A H1N1, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja atau 8220991 di luar waktu berkerja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment