Note

Please refresh your windows (Internet browser) every 5 minutes. Thank you

Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Ditaman Perayaan Pekan Bangar

|




Oleh: Haji Abdul Hamid Hashim

Temburong – Selasa 01hb. Julai 2009, Hari ini berlangsungnya upacara menaikkan bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam Sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam kali 63 Tahun bagi Daerah Temburong, bertempat dibukit perayaan Pekan Bangar, Upacara di-mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh ustaz Haji Adam, selepas itu di-ikuti perbarisan lalu pembawa bandera kebangssan yang diketuai oleh Awang Metusin Orang Kaya Sura Haji Tuba,Pegawai Daerah Temburong bersama sama Penghulu dan Ketua ketua kampong untuk diserahkan kepada tetamu kehormat Awang Haji Sarbini Haji Ali, Setiausaha Tetap Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri sejurus kemudian bendera tersebut pula di-serahkan kepada pasukan anggota polis bagi upacara menaikkan bendera berkenaan dengan di-iringi lagu kebangsaan oleh pasukan koair Jabatan Daerah Temburong selepas disusuli dengan lagu Bendera Negara, Tetamu kehormat juga berkesudian menyerah bendera Negara Brunei Darussalam kepada Pnghulu-penghulu Mukim untuk di-kibarkan di-mukim masing-masing Hadir diupacara tersebut Awang Metusin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Mohd Amirizal Pengiran Haji Mahmud, Penolong Pegawai Daerah, Yang Berhormat Haji Sulaiman Haji Ahad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, para jamputan terdiri dari ketua ketua Jabatan Kerajaan, Ahli ahli pertubuhan beruniform, persetuan persatuan belia, ahli majlis perundingan Mukim dan Kampong serta pegawai dan kaki tangan kerajaan didaerah ini, upacara diakhiri dengan bacaan Doa selamat bagi memberkati upacara tersebut.

0 comments:

My Weapon and reloader