Kementerian Kesihatan terus mengingatkan orang ramai bahawa walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) adalah pada kebiasaannya tidak begitu teruk, ia boleh menjadi membahayakan bagi pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti:
• penyakit paru-paru kronik;
• penyakit jantung kronik;
• penyakit buah pinggang kronik;
• penyakit hati kronik;
• penyakit neurologikal kronik;
• kurang daya imuniti; dan
• penyakit kencing manis
Dari itu, orang ramai adalah juga diingatkan untuk meningkatkan kewaspadaan kerana:
• Penyakit Influenza A (H1N1) mudah berjangkit dan akan menyebabkan ramai orang akan jatuh sakit dan akan menjejaskan kehidupan seharian orang ramai;
• Kemungkinan terjadinya perubahan genetik kepada virus Influenza A (H1N1) kepada virus yang lebih merbahaya;
• Masih belum ada vaksin bagi mencegah jangkitan Influenza A (H1N1).
Memandangkan peningkatan kepada jumlah kes yang dilaporkan, Kementerian Kesihatan ingin terus menekankan pentingnya orang ramai untuk mematuhi peraturan melawat pesakit di hospital-hospital kerajaan iaitu:
• Melawat pada masa yang ditetapkan sahaja.
• Menghadkan 2 pelawat bagi setiap pesakit.
• Tidak membawa kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah untuk melawat pesakit di hospital.
• Memakai penutup muka (“mask”) jika melawat ke hospital.
Mereka yang baru balik dari luar negara adalah dinasihatkan untuk tidak melawat pesakit di hospital dalam masa tujuh hari pertama selepas ketibaan mereka. Nasihat yang sama adalah juga diberikan kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit influenza.
We served you this M/V untuk biskita semua... Semoga pembaca kitani hari ani inda da yang tekana penyakit ani ah… Amin!
Mencegah lebih baik daripada mengubatinya...
0 comments:
Post a Comment